20120910

Bagaimana mengenalpasti pakaian jenama TIRUAN & ASLI


Anyone can claim their goods are original, genuine but are they being honest to you or are the sellers making money out of your inadequate information.

Sesiapa sahaja boleh mendakwa barangan yang mereka jual adalah barangan asli tetapi adakah barangan itu benar-benar asli?  Terdapat terlalu banyak perniagaan di internet masa kini yang menjual pakaian berjenama seperti GAP, OLD NAVY, GUESS, PUMA, NIKE, FERRARI (hanya menyebut beberapa jenama).  Harga yang ditawarkan pula amat rendah, serendah RM10 pun ada.  Peniaga-peniaga ini pula bermati-matian mendakwa pakaian yang dijual adalah original dengan pelbagai alasan.

Sebagai pengguna bijak kita bukan sekadar inginkan 'value for money' tetapi kita juga mahukan pakaian yang diperbuat dari kain yang berkualiti dan selesa.  Pemegang jenama pakaian yang berjenama amat mementing aspek kualiti kain dan kekemasan jahitan.   Oleh yang demikian, bila ada pakaian jenama kegemaran anda dijual dengan harga yang terlalu rendah, besar kemungkinan ia adalah pakaian tiruan.

Pakaian berjenama yang asli (original) mempunyai ciri-ciri berikut:-


Selain daripada kualiti kain yang lembut dan terbaik, jahitan yang kemas dan halus, CARA YANG PALING MUDAH ialah

LIHAT DI BAHAGIAN DALAM TEPI BAJU

SETIAP PAKAIAN ORIGINAL MEMPUNYAI
TAG 'FACTORY CODE'

CONTOH:-

GAP

"SUM 12" bermaksud pakaian dijual di butik GAP pada musim panas (summer) tahun 2012

"S/196239-00" adalah kod pengilang.  Setiap pengilang mempunyai kod yang berlainan.  Dari kod ini, pemilik jenama dapat mengenalpasti pakaian tersebut dibuat oleh  pengilang tertentu kerana setiap kilang yang dilesenkan oleh pemegang jenama diberikan kod masing-masing. 

NIKE

FERRARI


GAP

SELAMAT MEMBELI-BELAH!

HAPPY SHOPPING!

PENGGUNA BIJAK, PENGGUNA BERILMU








No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...